Tentang Ittihad An-Nur
- Tentang Kami
Sejarah Penubuhan
Persatuan ini ditubuhkan untuk menyusun langkah dakwah dan ta’lim secara rasmi di Malaysia khususnya dengan berteraskan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah ﷺ serta memupuk perpaduan dan kasih sayang sesama umat Islam di negara ini.
Fokus utama usaha ini tertumpu dengan usaha mengenali Rasulullah ﷺ dan menjadikan Baginda sebagai contoh ikutan, diiringi dengan kecintaan tanpa berbelah-bagi dan dibuktikan melalui penghayatan Sunnah Baginda sepenuhnya.
Al-Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz merupakan penaung rasmi Persatuan Ittihad An-Nur Malaysia.
- Tentang Kami
Dasar & Matlamat
Dasar
Kepimpinan dan pengurusan Persatuan Ittihad An-Nur Malaysia adalah berdasarkan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias.
Matlamat
Operasi Ittihad berjalan berdasarkan perancangan dan pengurusan untuk mencapai matlamat-matlamat persatuan yang telah digariskan oleh Majlis Penasihat yang diketuai oleh Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz. Pemeliharaan kebajikan semua manusia melalui ilmu, dakwah dan suluk (akhlak) berlandaskan rasa kasih kepada Rasulullah SAW mengikut manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Penaung
Al-Allamah Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz
Penasihat
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid

- Tentang Kami
Fungsi
Ukhuwah
Menyatukan ahli dan alumni dari Hadramaut serta institusi Islam di Malaysia bagi memperkukuh ukhuwah dan kerjasama.
Dakwah
Menggerakkan pendidikan dan dakwah berasaskan ilmu, akhlak dan kasih kepada Rasulullah SAW.
Ilmu
Menganjurkan program ilmu dan kerohanian seperti majlis ta‘lim, liqo’, dawrah, ziarah mahabbah dan seminar.
Kebajikan
Melaksanakan aktiviti kebajikan dan masyarakat termasuk sumbangan, bantuan dan kerjasama dengan NGO/agensi kerajaan.
Penerbitan
Menerbitkan dan menyebarluaskan bahan ilmiah seperti kitab, risalah dan majalah sama ada dalam bentuk fizikal mahupun melalui platform digital.
Generasi
Membina generasi pendakwah dan ilmuwan yang berakhlak luhur, mantap keilmuannya serta berwawasan tinggi dalam memimpin masyarakat.