Ziarah Mahabbah Ittihad An-Nur Ke Pejabat Syed Amru Syed Abdullah Marzak

Rabu, 21 Mei 2025 – Kompleks Islam Putrajaya
 
Alhamdulillah, pihak Ittihad An-Nur telah mengadakan satu kunjungan mahabbah ke pejabat Syed Amru Syed Abdullah, Pegawai Khas di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Duat al-Falah. Dalam pertemuan ini, beberapa perkara penting telah dibincangkan, antaranya:
 
1. Hala Tuju Pelajar Hadramaut – Usaha merangka pelan strategik bagi menyelaras peranan alumni dalam lapangan dakwah dan pembangunan masyarakat.
 
2. Garis Panduan Buat Para Pendakwah Ke Malaysia – Keperluan kepada panduan yang berlandaskan hikmah, maqasid dakwah dan kesesuaian konteks tempatan.
 
3. Cadangan Kerjasama Antara Ittihad Dan Jabatan Kerajaan – Termasuklah penganjuran program bersama, latihan kepimpinan dan inisiatif pembangunan belia Islam.
 
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas kesudian menerima kunjungan ini serta keterbukaan dalam membincangkan masa depan dakwah tanah air. Semoga jalinan ini menjadi asbab kebaikan yang lebih luas untuk ummah.

Post Tags :

Share :