Jalsah Alumni Hadhramaut Bersama Dr. al-Habib Tohir

25 Januari 2026

Alhamdulillāh, dengan izin dan rahmat Allah SWT, pada hari Sabtu 25 Januari 2026 telah berlangsung Jalsah Alumni Hadhramaut bersempena Rehlah Dakwah Al-Fadhil Dr. al-Habib Tohir bin Husien al-Attas di Tawfiq, Sg Penchala.

Majlis ini menghimpunkan para alumni Hadhramaut dalam suasana penuh keberkatan. Pengisian yang disampaikan sarat dengan nasihat, peringatan hati serta pengukuhan hubungan dengan Allah SWT, di samping meneguhkan peranan alumni dalam menyambung kesinambungan dakwah dan ilmu berdasarkan Maqasid Tiga; Ilmu, Suluk & Dakwah.

Program turut dimeriahkan dengan sesi soal jawab yang memberi ruang kepada hadirin mengemukakan persoalan berkaitan dakwah, ilmu dan cabaran semasa. Sesi berlangsung secara terbuka, tertib dan penuh hikmah serta memberi manfaat besar kepada semua yang hadir.

Jalsah ini menjadi medan mengeratkan ukhuwah, menyambung silaturahim dan memperbaharui niat dalam jalan khidmat serta dakwah berteraskan manhaj para ulama dan warisan Hadhramaut.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Musolla Al-Abrar di Yayasan Tawfiq atas kemudahan tempat yang diberikan, para penyumbang serta seluruh hadirin.

Semoga Allah SWT menerima segala amal dan memberkati usaha ini sebagai sebab tersebarnya kebaikan, ilmu dan hidayah.

Post Tags :

Share :