Jalsah Ilmiah Bersama Habib Abdurrahman Al-Masyhur
Alhamdulillah, telah berlangsung satu jalsah ilmiah bersama Habib Abdurrahman bin Ali Al-Masyhur bin Hafiz, bertempat di kediaman Habib Mahdi bin Abu Bakar Al-Hamid.
Majlis ini dianjurkan oleh Ittihad An-Nur dan dihadiri oleh para ahli serta pencinta ilmu dari pelbagai latar belakang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit mukadimah sebelum diteruskan dengan sesi taaruf sesama dan soal jawab (Q&A) yang berlangsung dalam suasana penuh adab dan manfaat.
Seluruh soalan yang diajukan dijawab oleh Habib Abdurrahman dengan jawapan yang tepat, jelas, dan mudah difahami, menunjukkan keluasan ilmu serta kebijaksanaan beliau dalam memberi panduan kepada para hadirin.
Antara tajuk utama yang disentuh sepanjang sesi tersebut ialah:
1. Bekalan untuk bertemu dengan Allah.
2. Kepentingan mempunyai hubungan yang kuat dengan guru.
3. Cara terbaik untuk melakukan istikharah.
4. Cara menghadapi ujian dalam kehidupan.
5. Beberapa peringatan dan nasihat tambahan turut disampaikan berkenaan adab menuntut ilmu dan istiqamah dalam amal.
Majlis diakhiri dengan doa penutup yang dibacakan oleh Habib Abdurrahman, diikuti dengan jamuan makan bersama dalam suasana penuh mahabbah dan ukhuwah. Program ini memberi kesan yang mendalam kepada para hadirin, menyemarakkan semula semangat untuk terus mencari ilmu, memperbaiki diri, serta memperkukuh hubungan dengan Allah dan para guru.
Post Tags :
Share :
