Ziarah Ittihad An-Nur ke PTS Media Group

29 Oktober 2025 – PTS Media Group, Selangor

Alhamdulillah, pada Rabu, 29 Oktober 2025, pimpinan Ittihad An-Nur telah mengadakan kunjungan mahabbah ke PTS Media Group di Selangor. Ziarah ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta membuka peluang kerjasama dalam bidang penulisan dan penerbitan dakwah.

Dalam pertemuan tersebut, PTS berkongsi pengalaman mereka dalam dunia penerbitan buku Islamik—termasuk cabaran industri, pendekatan kreatif, serta strategi penyebaran bahan bacaan bermanfaat kepada masyarakat. Pihak Ittihad An-Nur turut menyatakan minat untuk meneroka peluang penerbitan karya ilmiah dan penterjemahan buku-buku ulama Hadhramaut agar dapat dinikmati oleh pembaca di rantau ini.

Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra, diakhiri dengan pertukaran cenderamata, doa penutup, dan sesi bergambar sebagai tanda kenangan.

Semoga kerjasama ini menjadi langkah awal ke arah perluasan penyebaran ilmu dan nilai Islam melalui penulisan dan penerbitan.

Post Tags :

Share :